Wednesday, July 25, 2007

asal usul janda baik Tuan Tulis epd. i


(mungkin Tuan Tulis menggunakan basikal ini.. mungkin)

Menurut pakar-pakar sejarah yg ada di janda baik... nama janda baik ni digunakan pakai mungkin sekitar tahun tahun 40an (aku pun tak pasti).. mula-mula datanglah 17 orang explorer meredah bukit dan hutan lentang yg tebal dan berpacat siamang.. mendaki bukit tok-tok ni mencabar seperti yg dikatakan oleh arwah aki aku..

"Kalau daki bukit tok-tok ni kepala kita bawah punggung org depan.." soo sefaham aku.. bukit tok-tok ni amat la tegak mungkin 70-80 darjah... Hmm.. memang susah org zaman tu nak meneroka.. Kata Aki aku lg dalam tahun 30an Pekan Bentong banjir besar.. jadi diaorg buat keputusan nak cari tanah baru kat tempat tinggi... mcm tu la lebih kurang sejarah pembukaan Janda baik...

Berbalik kepada mcm mana nama janda baik blh diguna pakai... menurut sumber, dulu-dulu ada seorg lelaki yg dilantik oleh sultan yg digelar Tuan Tulis.. Tuan Tulis ni akan berjalan dr sebuah daerah ke daerah, dr kampung ke kampung tujuannya unutk melakukan banci penduduk.. jadi dari sini sultan akan mendapat info berapa ramai budak baru lahir.. sape yg mati.. ada kg baru wujud ke.. mcm tu la sistem zaman dulu... mungkin senang sikit jabatan akaun sultan nak buat kira-kira cukai...

Jadi berjalan la Tuan Tulis ni menulis cacatan sambil menyanyi kegembiraan... Menurut sumber lagi.. sampai di janda baik.. dia tak tau ape nama tempat ni.. org di bentong memanggilnya dengan nama Ulu Benus.. sebab sungai yg mengalir di Benus tu pancanya dari janda baik... Maka mereka pun meeting untuk memberi nama Kg baru ni.. adapun mencadangkan supaya diletak je nama 3 haji sempena 3 org haji yg turut serta meneroka dulu (haji betul ni wanzu).. Tp cadangan ini ditolak mentah-mentah kerana nama tersebut sudah diguna pakai... Maka peninglah mereka semua...

Apakah akan berlaku seterusnya? Dapatkah mereka nama yg sesuai? Adakah pertumpahan darah akan berlaku... Girang lagikah hati Tuan Tulis? nantikan episod seterusnya dalam"asal usul janda baik return of bukit Tok tok"

(bersambung..)

4 comments:

Unknown said...

menarik!

umirul said...

hm.
menarik tp persoalan psl Tuan Tulis gmbira lgi ke tdak tuu mcm x ptut ditnye je.

for Cakcibo:
sye ade Teacher yg ajar Science kat skolah sye bbrpe bulan yg lps. Die pun gune nme Cakcibo utk Friendster die. Hm. Musykil. Mungkin kah anda Teacher yg sye carik tu??

Ben Habib said...

Assalamualaikum,

Cerita yang menarik. Mintak pertolongan kalau ada maklumat saya nak tahu nama 3 orang haji tu. Lagi satu asal Datuk sebeleh ibu saya memang dari Benus, dan kaum kluarga mereka lah yg kononnya telah meneroka kawasan janda baik tu.

Sekian Terima kaseh

Abdullah Hassan said...

Fuhhh! Ada suspens pula!!