Thursday, July 26, 2007

asal usul janda baik return of bukit Tok tok epd. ii

Tuan tulis bertanyakan sejarah lama yg pernah berlaku disini... Katanya suatu masa dahulu pernah tercetus peperangan saudara di Selangor.. Ramai pahlawan dari Pahang datang membantu.. membantu pihak yg mana aku pun tak pasti.. Setelah tamat peperangan maka berangkatlah mereka pulang ke Pahang, melalui Genting Bidai yg sekarang ni bersempadan dengan Kelang Gate.. Genting Bidai adalah kawasan berbukit dan curam, seperti kata Najib Tun Razak.."Pasukan SAR kita menghadapi kesukaran mencari kerana bentuk muka bumi yg berbukit serta hutan Kanopi yang tebal dan berkubus"(Hampeh!!).. Tapi sewaktu itu jalan utama dari Pahang untuk ke Selangor hanyanya Genting Bidai.. Ini dibuktikan dengan wujudnya track kereta kuda yg sampai sekarang masih ada..( aku dah tengok mmg betul ada)..

Dalam perjalanan pulang, ramailah yg cedera.. mereka berehat disuatu kawasan berlembah dan bersungai diantara Genting Bidai dan Genting Sodo.. Berkatalah salah seorang macai kepada boss mereka.."Boss.. budak2 ramai injured.. tak sampai kita ke Temerloh nanti.."

"Nampaknya kita kena singgah lama sikit kat sini.." Menganggok-anggok la macai tersebut tanya faham..

Mereka tidak mampu untuk membuat pondok kerana kepenatan, mungkin juga kerana semua tukang-tukang rumah telah rebah.. maka mereka semua melepaskan lelah diperdu-perdu dan banir pokok sahaja untuk berlindung dr binatang buas dan liar..

Pada malam itu mereka ternampak cahaya pelita tidak jauh dari situ.. "Mat kau pergi ushar kat sana tu, mana tau ada makan-makan, aku lapo ni."

"Ala Boss aku takut la.. dalam hutan ni mana ada org.. Rimau ade la.."

"Ishh!!! Mulut longkang tul la ko ni.. ckp yg bukan2"

"Ok la semua follow aku..kalau kena baham semua sekali kena"

"hahaha..buat lawak plak boss ni..Roger Boss.. "Kata Mat

bersambung lagi........

p/s: diaolog hanyalah rekaan semata-mata untuk membuatkan pembaca lebih mudah memahami

No comments: