Sunday, July 29, 2007

asal usul janda baik BOYZ!!!... Let go home!! epd. finalle

mereka pun berjalan menuju ke arah cahaya tersebut.. sesampai disitu ternyatalah ianya sebuah pondok.. mereka pun memberi salam.. daun pintu terbuka dan salam disambut... "jemputlah naik.."
mereka tanpa banyak bertanya terus masuk ke dalam pondok.. ianya kecil tp cukup selesa. set sofa di sebelah kiri dan kotak tv berhapadan dgn nya.. dgn hiasa dalaman ala kontemporari sentuhan eric casaimpian (imaginasi penulis shj.)

Boss memecah keheningan."Sory la.. kami ni baru balik perang di selangor. soo blh tak kami nak lepak barang seminggu dua sampai budak2 sy ni sembuh?"
"Boleh, apa salahnya.. bila dah sembuh nanti baru la gerak ke temerloh.."
"aik.. tak cakap pun nak balik temerloh, tp mcm mana dia tau?" bisik hati boss..
"sape2 lapo g la mkn kat dapor tu.. lauk ikan sungai ngan pucuk paku jee..nasi ada dlm rice cooker" suara lembut wanita itu menyapa..
"Ye la.. tak kan nak mkn ikan tengiri plak.. mana ada laut kat sini.. hahaha" ketawa si Mat.. buat lawak bodoh plak.. malam itu.. wanita tersebut terus berjaga untuk merawat sesiapa yg cedera... sambil merawat wanita itu bercerita..
"Saya ni dulu dah berkahwin.. tp suami sy telah meninggal.. jd sy mengambil keputusan untuk menuntut ilmu tuhan.. selepas rata sy menuntut.. sy sampai di kawasan ini.. hati sy tenang untuk beribadah dan melakukan amal disini.." wanita itu tersenyum..

mereka semua menganggok2 tanda mengantuk lagi pun mereka semua kepenatan akibat perjalanan yg jauh siang td.. esoknya apabila terjaga mereka dapati sarapan telah terhidang.. pagi itu mereka makan makanan biasa je.. mengikut sumber lg sampai sekarang makanan tersebut menjadi sarapan kebiasaan org di janda baik iaitu Pan Cake.. :)

sesudah makan 5 keping Pan Cake Mat bertanyakan rakannya..

"Eh.. ko dah sihat ke? kan semalam tangan ko sikit lg nak putus.." tanya si mat
"Itulah yg aku pelik ni.. bangun je pg td aku dah sihat.. nak kata minum lasindah cafe tak de pun..tp tangan aku ni makin kuat la pulok.." kata beliau sambil mengajuk cara M.Rajoli

Kalau semua dah ok blh la kita gerak.. tp aku nak tunggu pompuan tu la.. aku nak thank you kat dia dulu.. Tiba2 salah seorg dr mereka menjerit2..
"Boss aku dapat msg.."
"Msg berbunyi: Sama-sama.. semoga korg semua selamat sampai ke Termerloh, kalau ada apa2 nanti email je la.."
"aik.. tak jumpa pun dah tau aku terima kasih" kata boss lg.. "ok la kalau mcm tu.. BOYZ!!!... Let go home!!"
"Ai..yai..captain"

"Semenjak itu apabila kisah kebaikan wanita itu menjadi sebutan di kawasan ini.." kata macai tersebut mengakhiri ceritanya..
"hm.. ko tau sape nama pompuan tu?.. tanya Tuan Tulis
"ntah.. menurut org tua2.. diaorg lupa nak tanya nama.. sebab pas makan tu semua dah ngantok..tp pompuan tu janda"
"jika begitu.. kita namakan Kg ini. Kampung Janda Baik!!" Jerit Tuan Tulis sambil ketawa puas.. Semua yg hadir turut ketawa bersama-sama.. hahahahaha......

Begitulah kisah sebenar bagaimana janda baik mendapat nama.. moyang, aki,wan,ayah dan mak aku memang berasal dr sini.. jadi secara automatik aku pun mmg org janda baik.. aku cukup x suka apabila mendengar org yg bukan org janda baik bercerita kepada org lain pasal asal usul kg aku.. diorg ckp asal usul kg ni dr org asli.. pastu org melayu dtg rampas kawasan ni.. kalau korang nak tau org asli ni dibawa masuk selepas janda baik dibuka.. kemasukan diaorg ni adalah sebagai pekerja di sawah ataupun untuk mengambil upah.. itulah cerita aki aku..

TAMMAT..

p/s: dialog hanyalah unutk menambahkan keseronokan membaca.. fakta asal tidak diubah.

Thursday, July 26, 2007

asal usul janda baik return of bukit Tok tok epd. ii

Tuan tulis bertanyakan sejarah lama yg pernah berlaku disini... Katanya suatu masa dahulu pernah tercetus peperangan saudara di Selangor.. Ramai pahlawan dari Pahang datang membantu.. membantu pihak yg mana aku pun tak pasti.. Setelah tamat peperangan maka berangkatlah mereka pulang ke Pahang, melalui Genting Bidai yg sekarang ni bersempadan dengan Kelang Gate.. Genting Bidai adalah kawasan berbukit dan curam, seperti kata Najib Tun Razak.."Pasukan SAR kita menghadapi kesukaran mencari kerana bentuk muka bumi yg berbukit serta hutan Kanopi yang tebal dan berkubus"(Hampeh!!).. Tapi sewaktu itu jalan utama dari Pahang untuk ke Selangor hanyanya Genting Bidai.. Ini dibuktikan dengan wujudnya track kereta kuda yg sampai sekarang masih ada..( aku dah tengok mmg betul ada)..

Dalam perjalanan pulang, ramailah yg cedera.. mereka berehat disuatu kawasan berlembah dan bersungai diantara Genting Bidai dan Genting Sodo.. Berkatalah salah seorang macai kepada boss mereka.."Boss.. budak2 ramai injured.. tak sampai kita ke Temerloh nanti.."

"Nampaknya kita kena singgah lama sikit kat sini.." Menganggok-anggok la macai tersebut tanya faham..

Mereka tidak mampu untuk membuat pondok kerana kepenatan, mungkin juga kerana semua tukang-tukang rumah telah rebah.. maka mereka semua melepaskan lelah diperdu-perdu dan banir pokok sahaja untuk berlindung dr binatang buas dan liar..

Pada malam itu mereka ternampak cahaya pelita tidak jauh dari situ.. "Mat kau pergi ushar kat sana tu, mana tau ada makan-makan, aku lapo ni."

"Ala Boss aku takut la.. dalam hutan ni mana ada org.. Rimau ade la.."

"Ishh!!! Mulut longkang tul la ko ni.. ckp yg bukan2"

"Ok la semua follow aku..kalau kena baham semua sekali kena"

"hahaha..buat lawak plak boss ni..Roger Boss.. "Kata Mat

bersambung lagi........

p/s: diaolog hanyalah rekaan semata-mata untuk membuatkan pembaca lebih mudah memahami

Wednesday, July 25, 2007

asal usul janda baik Tuan Tulis epd. i


(mungkin Tuan Tulis menggunakan basikal ini.. mungkin)

Menurut pakar-pakar sejarah yg ada di janda baik... nama janda baik ni digunakan pakai mungkin sekitar tahun tahun 40an (aku pun tak pasti).. mula-mula datanglah 17 orang explorer meredah bukit dan hutan lentang yg tebal dan berpacat siamang.. mendaki bukit tok-tok ni mencabar seperti yg dikatakan oleh arwah aki aku..

"Kalau daki bukit tok-tok ni kepala kita bawah punggung org depan.." soo sefaham aku.. bukit tok-tok ni amat la tegak mungkin 70-80 darjah... Hmm.. memang susah org zaman tu nak meneroka.. Kata Aki aku lg dalam tahun 30an Pekan Bentong banjir besar.. jadi diaorg buat keputusan nak cari tanah baru kat tempat tinggi... mcm tu la lebih kurang sejarah pembukaan Janda baik...

Berbalik kepada mcm mana nama janda baik blh diguna pakai... menurut sumber, dulu-dulu ada seorg lelaki yg dilantik oleh sultan yg digelar Tuan Tulis.. Tuan Tulis ni akan berjalan dr sebuah daerah ke daerah, dr kampung ke kampung tujuannya unutk melakukan banci penduduk.. jadi dari sini sultan akan mendapat info berapa ramai budak baru lahir.. sape yg mati.. ada kg baru wujud ke.. mcm tu la sistem zaman dulu... mungkin senang sikit jabatan akaun sultan nak buat kira-kira cukai...

Jadi berjalan la Tuan Tulis ni menulis cacatan sambil menyanyi kegembiraan... Menurut sumber lagi.. sampai di janda baik.. dia tak tau ape nama tempat ni.. org di bentong memanggilnya dengan nama Ulu Benus.. sebab sungai yg mengalir di Benus tu pancanya dari janda baik... Maka mereka pun meeting untuk memberi nama Kg baru ni.. adapun mencadangkan supaya diletak je nama 3 haji sempena 3 org haji yg turut serta meneroka dulu (haji betul ni wanzu).. Tp cadangan ini ditolak mentah-mentah kerana nama tersebut sudah diguna pakai... Maka peninglah mereka semua...

Apakah akan berlaku seterusnya? Dapatkah mereka nama yg sesuai? Adakah pertumpahan darah akan berlaku... Girang lagikah hati Tuan Tulis? nantikan episod seterusnya dalam"asal usul janda baik return of bukit Tok tok"

(bersambung..)

Monday, July 23, 2007

En. tikus


3 ekor tikus masuk ke dlm sebuah bar... lalu mereka memilih untuk duduk di maja panjang yg berhadapan dengan bartender...tikus yg pertama meminta segelas tequila, menongangnya senafas dan menghempaskan gelas ke atas meja seraya berkata..

"Aku kalau jumpa jerat tikus, mula2 aku akan baring atasnya kemudian aku usik2 picu jerat tu dengan ekor aku... bila besi pengepit tu mula nak megepit.. aku pun cepat2 tangkap dan aku mula melakukan senaman.." kata tikus pertama sambil senyum bangga...

Tikus yg kedua meminta 2 gelas Bourbon whiskey dan menghabiskannya semua sekali lalu menghempaskan gelas ke atas meja dengan kuat.. hampir2 pecah gelas tersebut... dan berkata..

"Malam2 aku akan merayau dan mencari racun tikus.. aku akan kumpulkan semuanya... pagi esok aku akan campurkan dengan kopi untuk aku buat sarapan.." Bicaranya sambil ketawa mengejek...

Tikus yg ketiga mengorder segelas beer dan terus berkata..

"Hentikanlah semua temberang ni..cakap besar je korang " lalu menggelonsor turun dari kerusi..

"ko nak kemana?" tanya tikus pertama dan kedua..

"balik!!! aku nak balik belasah kucing kat umah tu!!!.."

hahahaha.... (moral jgn minum arak..HARAM)

Friday, July 20, 2007

sabtu yg careee...


Sabtu baru ni member aku Qalif kawin kat janda baik... soo ramai la budak2 opis turun.. aku mcm biasa la lepak kedai dulu pagi2 ni... dalam kul 10.00am aku nampak sham ngan matjan sampai.. x lama pas tu matjan sms aku ckp dia boring.. aku pun g jemput dia bawak pusing2 dan tunjukkan kekayaan yg aku ada kat janda baik ni..

“Aku tanya matjan nak singgah kedai aku dulu ke minum2?” matjan jawab ok jugak.. Aku belanja matjan minum milo ais (plastik) sebab aku tau itulah minuman asasi matjan.. tengah lepak2 ayah aku dapat call yg nasir dan amy search on the way nak makan sambal hijau.. sambal hijau mak aku mmg power... korang tau x sambal hijau tu ape? sambal ikan bilis yg ditumis bawangnya sehingga wangi kemudian masukkan cili api yg di tumbuk dan ditumis sehingga pecah minyaknya.. masukkan juga bahan perisa secukup rasa. pergh.. sedap tul..

Tak lama pastu amy, nasir and family sampai.. kira hebat jugak la Andak’s place hari tu ada seleb datang.. sebelum ni ramai gak star yg dtg nak makn sambal hijau ngan pulut ni... terbaru CEO TV3.. Dato’ Farid Ridzuan... Tapi yg best sekali CEO PTS pun singgah petang tu En. Rashid Azad Khan ngan wife and anak2 (Caree..) soo kalau korang dtg janda baik singgah la andak’s place... hihihhi.. peace...... :)

Thursday, July 19, 2007

lalat

"Ko tau tak.. malam2 semua lalat pergi mana?" tanya TuTak pada aku...
"aku dah cari kalau malam je mesti lalat dah x ade, pelik betul la... "
"Aku dah tanya semua org tapi semua x blh jawap.."

Satu persoalan yg aku rasa ada betulnya.. Pas tu setiap malam kalau aku kuar aku akan tgok kalau ada lalat kat mana2 tp langau ada laa..... tempat sampah ke restoran mamak ke.. mana2 la semua x ade..

Aku cite ni sebab minggu lepas aku lepak cafe abang aku ni.. aku buat best punye kopi-O kaw.. dah tinggal setengah ada org order kuey tiaw goreng.. soo aku pun masuk la dapor nak masak..

Siap jee.. aku pun trus capai gelas td nak minum la.. bibir aku ngan bibir gelas pun bertaut.. aku pejamkan mata aku layan stim.. tiba2 aku rasa ada anasir lain dlm mulut aku... aku gigit2.. aku rasa benda tu lembek bentuknye bulat2 .. sah bukan habuk kopi.. aku ludah.. puuiee.. cisss LALAT!!! aku terus rasa nak muntah.. bedebah punye lalat.. What the F....

Wednesday, July 18, 2007

Milo = Plastik

"Kita hendaklah makan dan minum makanan2 yg halal. tetapi halal saje tak cukup kena la toiyiba," kata Dr. Kadir.

Meggi tu halal tp tak toiyiba. Toiyiba tu maknanya baik. ayam tu halal tp x toiyiba sebab diaorg suntik hormon yg blh merosakan horman manusia, tambah Dr.Kadir lg. aku mendengar dengan penuh semangat. bukan selalu beb nak dengar lecture dari Dr. habat ni.

Dr. Kadir ni dulu penah jadi Fidel Castro punye personal Doc. Kira hebat la ye tak. so dia sambung lagi.. jgn minum milo, air-air yg di campur dengan susu creamer sebab benda2 tu semuanye plastik.. aku terkejut.. terus aku teringat kat mat Jan.. kawan aku sorg ni mamang gila makan ayam.. minum milo jadi ini bermakna kawan aku ni minum plastik dan makan ayam hormon yg enak... (mat Jan ubah la diet ko tu).. Ada kah kamu plastik tanya Dr. kadir kepada aku.. aku senggeh jee... Air yg baik sekali adalah air limau nipis.. kerana dia mennyah toksid yg ada dlm badan.. aku pun menganggok2 tanda paham...

"buatkan saya nescafe tarik satu," kata amir.. abang aku bangun untuk membuat pesanan tu.. nescafe tarik yg sedap.. buihnye yg keruh nampak menyelerakan... hhmmm..

"buatkan saya satu sama mcm dia," kata Dr.Kadir, "saya pun nak minum plastik yg sedap tu."

HAMPEH.. semua org ketawa.. x pe bukan selalu... itulah dr. kadir yg aku kenal.. Dr. Kadir yg hebat..