Tuesday, September 11, 2007

Camping + Sibu

Pagi tu hujan lebat sekitar 8.30 pagi.. Pergh.. Sejuk tul janda baik saat mcm ni.. aku tersangkut kat andak place.. sambil minum kopi-o aku berbual-bual bersama alang Ha.. Alang Ha ni x army.. sekarang ni buat kerja jd guide bawak org tracking.. soo banyak la cite-cite pasal Camping.. sungai.. kawasan mana yg best nak pergi dan macam-macam lagi laa.. Hah lagi satu sape2 yg nak g jungle tracking nanti dia ni la yg akan bawakan..

Soo, borak2 alang pun bercerita la.. mcm mana pengalaman dia pernah bawa satu group ni nak pegi memancing di kemensah (sempadan pahang-selangor).. cukup jauh tempat ni.. tp hasilnya berbaloi ikan besar2.. Masa perjalanan yg di ambil sekitar 6 jam melalui genting bidai.. Mak ai.. jauh tu.. Aku terus terang la kalau genting bidai aku dah sampai.. kalau atas lg belum la setakat ni.. Masa tu sebab nak pergi 4 hari 3 malam soo banyak la barang2 yg kena bawak masuk..

“Jala ikan 2, beras, lampu kabait, mcm2 la lg.. beratnya nak dekat 60kg.. hampeh tak de sape nak pikul.. aku jugak” Kata alang..

Aku memang percaya kalau di perhatikan susuk tubuh alang ni.. memang sasa beb.. Suasana hening mungkin dah abis idea nak cerita lg.. Aku tanya kat alang..

“Kat mana lg ek best kalau nak camping?”

“Kalau kat semenanjung ni lebih kurang je hutannya.. tp kalau kat sabah lain sikit” jawap alang

“Lain?”

“Ye la, ni kawan aku yg cerita, sebab dia pegi sana, kalau kau ada duit lebih sikit pg la sibu.. kalau g lepak kat rumah panjang.. memang best.. silap2 ko dapat awek asli kat sana..” Kata alang menyeringai.

“Tp nanti dia mesti ajak ko tido sekali”

“Tido sekali? nanti mak ayah dia tak marah ke?” Aku buat2 terkejut

“tak la.. diaorg happy jee.. cuma ko kena tahan la.. kalau kat sini kita 5 kali bang je.. subuh, zuhur, asar, magbrib & isyak.. kat sana sampai 7, 8 kali..” kata alang bersungguh2.

“aik.. tak kan la diaorg ni islam, ada bang-bang plak ” Tanya aku..

“Hahaha.. bukan bang azan, tp ko baru je bangun tido awek tu nanti terus je tarik ko, Bang.. pas tu jap lg bang.. Hah.. ko larat ke?” Alang dan org2 tua yg lain mengelakkan aku..

“budak2 mana nak paham alang.” Kata Pak adat menyampuk..

bang=Abang


Hampeh.. terkena aku.. :)

Monday, September 3, 2007

kasut Adidas hitam

Kasut adidas warna hitam clasic.. hmm... selesanya dipakai.. diperbuat 80% dari kulit.. baru beli april yg lepas.. aku pernah berlagak dihadapan kawan2 dengan membakarnya dengan lighter.. hebat betul kulit tu tak terbakar langsung.. memang kulit original.. aku selasa memakainya ke pejabat mahu pun kemana-mana.. dating.. ke kelas mahu pun ke kedai.. di beli di sungei wang plaza dengan harga yg agak mahal.. tetapi berpatutan dengan kualiti dan rupanya..

Semalam.. Aku melangkah dengan penuh keyakinan dalam pukul 4.30 pm menuju ke stationery untuk membeli pen drive.. kembali ke pejabat 30 min kemudian dan aku meningalkannya dia luar di tempat biasa aku tinggalkan.. Hati aku tak berapa sedap nak meninggalkannya sendirian..

15 min kemudian aku dapati dia telah pun dilarikan orang.. Arrgghhh!!!! WHAT THE F... Maki aku didlm hati... Aku sumpah sape yg curi kasut aku dia tak kan kahwin sampai bila2.. padan muka ko ... #&%*$@.. Amin..

“Cilako betul pencuri tu” Ujar wanzu berang tiba-tiba

“Apa? Kena curi?” Habaq matjan sambil membulatkan mata terkejut.

“Kenapa boot aku dia tak ambik” Kata sham.. Kasut ko buruk sebab tu dia tak nak.. :)


Aku dah beli kasutbaru.. hah.. ko curi la lagi kalau berani.. Pencuri hampeh!!!
kawan2 semua hati2 lah..