Sunday, July 29, 2007

asal usul janda baik BOYZ!!!... Let go home!! epd. finalle

mereka pun berjalan menuju ke arah cahaya tersebut.. sesampai disitu ternyatalah ianya sebuah pondok.. mereka pun memberi salam.. daun pintu terbuka dan salam disambut... "jemputlah naik.."
mereka tanpa banyak bertanya terus masuk ke dalam pondok.. ianya kecil tp cukup selesa. set sofa di sebelah kiri dan kotak tv berhapadan dgn nya.. dgn hiasa dalaman ala kontemporari sentuhan eric casaimpian (imaginasi penulis shj.)

Boss memecah keheningan."Sory la.. kami ni baru balik perang di selangor. soo blh tak kami nak lepak barang seminggu dua sampai budak2 sy ni sembuh?"
"Boleh, apa salahnya.. bila dah sembuh nanti baru la gerak ke temerloh.."
"aik.. tak cakap pun nak balik temerloh, tp mcm mana dia tau?" bisik hati boss..
"sape2 lapo g la mkn kat dapor tu.. lauk ikan sungai ngan pucuk paku jee..nasi ada dlm rice cooker" suara lembut wanita itu menyapa..
"Ye la.. tak kan nak mkn ikan tengiri plak.. mana ada laut kat sini.. hahaha" ketawa si Mat.. buat lawak bodoh plak.. malam itu.. wanita tersebut terus berjaga untuk merawat sesiapa yg cedera... sambil merawat wanita itu bercerita..
"Saya ni dulu dah berkahwin.. tp suami sy telah meninggal.. jd sy mengambil keputusan untuk menuntut ilmu tuhan.. selepas rata sy menuntut.. sy sampai di kawasan ini.. hati sy tenang untuk beribadah dan melakukan amal disini.." wanita itu tersenyum..

mereka semua menganggok2 tanda mengantuk lagi pun mereka semua kepenatan akibat perjalanan yg jauh siang td.. esoknya apabila terjaga mereka dapati sarapan telah terhidang.. pagi itu mereka makan makanan biasa je.. mengikut sumber lg sampai sekarang makanan tersebut menjadi sarapan kebiasaan org di janda baik iaitu Pan Cake.. :)

sesudah makan 5 keping Pan Cake Mat bertanyakan rakannya..

"Eh.. ko dah sihat ke? kan semalam tangan ko sikit lg nak putus.." tanya si mat
"Itulah yg aku pelik ni.. bangun je pg td aku dah sihat.. nak kata minum lasindah cafe tak de pun..tp tangan aku ni makin kuat la pulok.." kata beliau sambil mengajuk cara M.Rajoli

Kalau semua dah ok blh la kita gerak.. tp aku nak tunggu pompuan tu la.. aku nak thank you kat dia dulu.. Tiba2 salah seorg dr mereka menjerit2..
"Boss aku dapat msg.."
"Msg berbunyi: Sama-sama.. semoga korg semua selamat sampai ke Termerloh, kalau ada apa2 nanti email je la.."
"aik.. tak jumpa pun dah tau aku terima kasih" kata boss lg.. "ok la kalau mcm tu.. BOYZ!!!... Let go home!!"
"Ai..yai..captain"

"Semenjak itu apabila kisah kebaikan wanita itu menjadi sebutan di kawasan ini.." kata macai tersebut mengakhiri ceritanya..
"hm.. ko tau sape nama pompuan tu?.. tanya Tuan Tulis
"ntah.. menurut org tua2.. diaorg lupa nak tanya nama.. sebab pas makan tu semua dah ngantok..tp pompuan tu janda"
"jika begitu.. kita namakan Kg ini. Kampung Janda Baik!!" Jerit Tuan Tulis sambil ketawa puas.. Semua yg hadir turut ketawa bersama-sama.. hahahahaha......

Begitulah kisah sebenar bagaimana janda baik mendapat nama.. moyang, aki,wan,ayah dan mak aku memang berasal dr sini.. jadi secara automatik aku pun mmg org janda baik.. aku cukup x suka apabila mendengar org yg bukan org janda baik bercerita kepada org lain pasal asal usul kg aku.. diorg ckp asal usul kg ni dr org asli.. pastu org melayu dtg rampas kawasan ni.. kalau korang nak tau org asli ni dibawa masuk selepas janda baik dibuka.. kemasukan diaorg ni adalah sebagai pekerja di sawah ataupun untuk mengambil upah.. itulah cerita aki aku..

TAMMAT..

p/s: dialog hanyalah unutk menambahkan keseronokan membaca.. fakta asal tidak diubah.

3 comments:

Unknown said...

eiik.

kreatif tul penulis ni. bagus penceritaan dia. jelas.

aku dlu kecik2 ada family friend ghumah kat janda baik. ada dusun. ada sungai dgn jambatan kecil kat depan umah dia. best mandi woo. sejuk.

rindu la pulok

mtt said...

salam... wronto,
kon dah baco crito awak ni.tapi mengkalau awak buat dalam loghat jando baik lepas tu tulis maknonyo (perkataan yang pekat sikit la bunyinyo mcm kon,komo,wronto )lagi real la kawan raso.sesekurang pun dapat jugo dio orang tu belaja loghat jando baik.

nirwan said...

ronto tul ke citer ni rontor.........kalu macam tu bagi tau kon sapo ketua kg pertama jando baik....kat mana umah asal ketua kg tu........kalu ada jawapan call kon di talian 0192406481....