Wednesday, June 30, 2010

aku lupa.. tiba-tiba teringat balik..

Aku bukannya malas nak up date blog ni.

Tapi aku lupa id dengan password.. ntah tiba-tiba je aku ingat balik...

terima kasih memory kerana kau kembali... banyak gile cerita yang aku nak story. ok.. nanti aku start balik semula cerita di blog ni. salam...

Monday, August 18, 2008

WE@Kuantan


Minggu lepas aku ke Kuantan menghadiri Majlis Perkahwinan Mail dan pasangannya. Aku bertolak dari Janda Baik pukul 9.00 am dan sampai di Kuantan 12.00 pm dan berhenti di Petronas sebelum Tol bentong untuk mengisi minyak. Soo nak dijadikan cerita, aku dah janji dengan fara yang kami akan bersarapan di Pekan Karak, tapi tak tahu macam mana tak ada plak kedai yang selera aku nak singgah, jadi aku terus besit kereta ke Temerloh. Sampai di R&R Temerloh aku perasan dari jauh ada kertas terlipat rapi di atas jalan. Sah Duit!!! yang aku nampak duit tu memang not Rm50. Aku berhentikan kereta dan toleh kiri dan kanan. Tidak ada sesiapa pun. (korang tau la pastu aku buat apa). Aku kira jumpa semuanya Rm85.00. Aku berfikir, nak buat apa dengan duit jumpa ni. nak buang tak baik, inikan rezeki, tapi ini bukan duit aku.
Hmm...


Ini sekitar gambar aku di Bandar Kuantan dan semasa disana korang jangan tak percaya aku boleh terserempak dengan abang aku ijat. See Ya! Chow!

Album Picasa Aku.

http://picasaweb.google.com/artiswork69/Kuantan2Ogos2008

Sunday, February 24, 2008

Undilah Aku



Gambar aku dicuri oleh paparazi menghiasi cover TIME

Thursday, February 21, 2008

Maskara VII



Agenda : MASKARA 7
Tarikh : 1 Mac 2008
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Rumah PENA


Jom Ramai-ramai kita pergi Rumah Pena.

Aku Bertanding tahun Ini

P089 Bentong


Tahun ini aku akan bertanding di kerusi Parlimen Bentong, Kebajikan dan kemiskinan pasti akan aku hapuskan. Sumber kekayaan negara akan aku agihkan kepada semua sama rata tak kita korang bangsa apa pun.


P089 Bentong


Jangan lupa!!! Undilah Aku!


Selamat mengundi!

Aku Yang Dasyat,
Art_iswork69
Calon Parti Undi Rosak Malaysia

http://pundak.wordpress.com

Monday, December 17, 2007

Ruang Rindu • Letto

http://www.youtube.com/watch?v=JDTCuptQjeE

Sunday, October 21, 2007

angkasawan pulang

Selamat Hari Raya semua... hari ini aku bangun dengan penuh semangat ultraman untuk memulakan hari pertama bekerja setelah 12 hari bercuti raya.. Rata-rata kawan-kawan masih ramai lagi yg mabuk lemang ngan air sirap..

Raya tahun ni agak tragis bagi aku sebab hari raya pertama hari tu aku di kejutkan dengan pemergian abah ( Pak cik aku yg bela aku masa aku sekolah dulu.) Ada yg kata abah meninggal selepas solat dan ada yg kata selepas solat sunat aidilfitri, mak ngan ayah aku petang tu ke rumah abah di Kg baru bentong untuk beraya..

"Abah kemana kak ngah?" Tanya mak aku.
"Katanya lepas sembahyang di nak ke kg Lebu nak ziarah saudara di sana" balas angah..

Lepas asar mak ngan ayah aku pun gerak balik ke janda baik, lepas mighrib baru sampai rumah.. aku memang tak kemana-mana.. time raya ni aku memang bercinta ngan TV jee.. baru setengah jam mak sampai, dapat call dari Pak Lim..

"Hello. Andak (pangkat panggilan untuk ayah aku) Long Zul meninggal org jumpa dlm kereta kat parking masjid..

Soo memang dari pagi dia tak kemana-mana memang dia kat masjid jee.. Semua org sibuk nak raya.. jd takde siapa perasan yg dia ada dalam kereta meninggal.. Terima kasih pada semua kawan-kawan aku di Bentong dan saudara mara semua yg membantu menguruskan jenazah abah.. God bless You..

Hah sekarang aku baru nak cite pasal angkasawan pulang.. semalam aku ke KL melarikan diri dari keriuhan rumah yg dilakukan oleh anak kakak aku.. pusing-pusing pas tu singgah kat dataran lepak sambil borak2. tengah borak2 kami didatangi awek dari RTM nak interview aku pasal angkasawan pulang.

"Bang, nak interview boleh?"
"nak cakap pasal ape?"
"Cakap la pasal harapan ke apa2 la.."
Aku dengan suka hati pun menganggok tanda setuju..

"Ini semua bida'ah nabi tak pernah buat kerja macam ni, membazir betul" kata aku sambil memandang camera..
"hahahaha" ketawa budak2 tu dengar aku cakap macam tu..
"Bang, jangan la cakap mcm tu nanti boss tak kasi kuar"..
"ok, yang ni betul2" balas aku..

"Harapan saya semoga angkasawan kita Dr. Sheikh selamat sampai di bumi dan itu juga la harapan seluruh rakyat malaysia saya rasa, dan semoga hasil kajian beliau di angkasa dan di guna pakai untuk generasi yg akan datang.." kata aku seperti timbalan menteri..

"bila nak kuar interview ni?" aku bertanya
"malam ni berita kul 8.00 pm"

Aku tgok jam dah kul 6.30 pm apa lg message semua kawan2 dan family suruh diaorg tgok..

selesai je muka aku kuar.. bertalu-talu message masuk Hp.. tet..tet..

"Hebat hang..kuar TV" message Mat Jan..
"kontrol macho"Kata kakak.

Org kat meja sebelah aku plak senggeh jee...

"Hahahaha" Aku ketawa depan tv kat kedai mamak.. Peluang sekali seumur hidup kena interview pastu kuar prime time plak.. ckp pasal perkara yg bersejarah... aku rasa kelakar, suka dan berlagak..